Senarai Tugas Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam (PPPA)
(Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 1992)
-
Sebagai pegawai perantaraan antara Kementerian / Jabatan / Agensi dengan Biro
Pengaduan Awam (BPA) serta pegawai yang bertanggungjawab mengenai hal pengaduan
awam di Kementerian / Jabatan / Agensinya.
-
Bertanggungjawab menerima, mendaftar dan memberi Surat Akuan Terima ke atas
aduan yang diterima dari BPA dan lain-lain sumber di jabatannya.
-
Menyalur serta menyelaras aduan yang diterima kepada yang berkenaan di
peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi.
-
Bertanggungjawab memastikan aduan-aduan diambil tindakan serta merta oleh pihak
yang berkenaan.
-
Mengkaji dan menimbang jawapan daripada pihak yang berkenaan di
Kementerian / Jabatan / Agensi mengenai aduan-aduan sebelum dimajukan kepada
BPA dengan memberi cadangan / syor mengenai tindakan yand perlu diambil.
-
Bertanggungjawab memastikan tindakan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap
Pengaduan Awam terhadap jabatannya diambil dan dimaklumkan kepada BPA.
-
Memastikan semua peranan Kementerian berhubung dengan pengendalian aduan awam
sebagaimana yang disebutkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan
4 Tahun 1992 diambil perhatian dan dilaksanakan.
-
Melaporkan aduan-aduan yang diterima kepada pihak pengurusannya untuk dibincang
dan diambil tindakan.
-
Memastikan punca kelemahan sistem atau peraturan yang berbangkit daripada
pengaduan diubahsuaikan atau dibetulkan untuk membaiki kecekapan.
-
Memaklumkan BPA atas pelantikan Pegawai Perhubungan Pengaduan Awam yang baru.