- Untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan Piagam Pelanggan BPAN
- Untuk meningkatkan kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam
- Untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan saluran aduan kepada orang awam
- Untuk mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap perkhidmatan awam serta mengesan
isu-isu yang menjadi punca aduan
- Untuk memperkenalkan pembaharuan dan inovasi berasaskan aduan awam
- Untuk memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengurusan
aduan awam yang berkesan
Mencapai kecemerlangan dalam pengurusan aduan ke arah menjadi
pusat pengurusan aduan awam negeri yang terunggul.
Menyelesaikan aduan awam dengan cepat, adil dan berkesan bagi
menyumbang meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan awam.
Kami adalah komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berdedikasi
dalam penyelesaian aduan , di samping sentiasa membuat penambahbaikan yang berterusan
ke atas Sistem Pengurusan Aduan Awam selaras dengan Kepuasan Pelanggan.
- Pelanggan diutamakan dengan perkhidmatan yang responsif, cepat, tepat dan mesra
- Menyiasat setiap aduan dengan adil dan saksama
- Mengeluarkan Surat Akuan Terima dalam tempoh 1 hari dari tarikh aduan diterima
- Menyelesaikan aduan dalam tempoh 15 hari bekerja